Fenomena Isteri
Meleteri Suami
”Abang
ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca
suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja
bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi
sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya
ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ”
leter isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah
sang isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami
sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih
lagi, sekiranya sang isteri menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai
kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa
ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam
kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu
perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah
melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa
yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan
menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan
zaman.
Keadaan
ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi
satu budaya yang negatif.
Kebelakangan
ini juga, banyak kes-kes penceraian berlaku yang mana anatara sebabnya isteri
tidak menghormati suami dan pelbagai lagi yang meruntuhkan institusi
rumah tangga yang mana mendirikan rumah tangga itu diibaratkan mendirikan
masjid.
Banyak
nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi
tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda
Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh
seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para
isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa
kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah
institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian
juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke
langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang
kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali
Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta
Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ”
Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? “
Baginda
menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat
kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam
seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. “
Mengherdik
Baginda
antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air
panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan
menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada
isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak
mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa
dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih
buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran
tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai
suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu
daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga
membebankan dirinya.
Sebaliknya,
isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi
Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang
kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. “
Hal
ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong
dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah
lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin
ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun
percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan
lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah
kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah
Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah
tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta
suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda
untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah
bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta
rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi hakmilik baginda,
tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda
tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan
Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul
oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri
yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada
sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan
kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu
pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang
kamu minta siang hari tadi? “
Fatimah
amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa
bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah,
Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing
sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak
itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan
menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah
dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup
bahagia melakukannya.
Baginya,
segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu
amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana
sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri
tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi
mana sekalipun darjatnya.
Kepada
para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini
terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup
yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si
isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara
keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya
sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah
Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri
mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi
Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik
daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan
saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. “
Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah
berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong
meringankan beban pasangan kita.
Semoga
kisah tadi membawa manfaat bagi kita semua… insya’Allah. ..
SIKAP ISTERI
tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM
sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat
seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI
suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan
semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah
dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA
IBADAT. Tapi kenapa sampai sekarang para isteri masih suka meninggikan
suara terhadap suami? Haiyaaaa ini laa olang putih selalu cakap itu
isteli haaa itu olang panggil queen control….
0 ulasan:
Catat Ulasan