Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

SAYANG MAK AYAH....


TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT MAK AYAH...



Salam sayang buat mak serta ayah,..

Nor,panggilan manja mak ayah bagi,..kat rumah lebih glamour dengan nama nor,,Ekin nama glamour dari sahabat2,..
Dari darjah 1 sehingga tamat sekolah tingkatan 5,,tak pernah lekang nama ekin dibibir sahabat2 yang mengenali,..
Lepas masuk alam rumahtangga,,nama ekin kembali sunyi,..takde dah guna nama ekin,..sebab memasuki alam rumahtangga,,daku dikelilingi insan yang menyayangi dan disayangi,.

8tahun sunyi tanpa gelaran ekin,...hihi...Sejak mula "GLAMOUR" ni,,nama ekin dah kembali disebut..Ekin yang glamour dengan anak2,,ekin yang glamour dengan semangat membara,kental dan nekad,,.Ekin juga lebih dikenali oleh sahabat2 SHAKLEE di Kelantan...nama yang mungkin sentiasa disebut2...Ramai yang dah kenal ekin,.Kali ni nak kongsi tentang Nor,..Nama yang disebut2 dikalangan orang2 tersayang,..

Nor ni anak kedua dalam 8orang adik beradik,,6 perempuan 2 lelaki,,.Dari yang sulung sampai 6 beradik semuanya perempuan,.Dari kecik kami dididik sepenuhnya oleh mak,,sebab ayah kerja sebagai pemandu bas dari KOTA BHARU ke KUALA LUMPUR,.kerap takde kat rumah,.kalau dari KUALA LUMPUR sampai KOTA BHARU pagi,,ayah balik dan kembali bekerja pada sebelah petang,.waktu bertolak malam,,tapi petang dah kena kerja dah,,cuci bas,,check enjin,check minyak dan tugas2 lain,.
Tiap kali ada waktu luang kami bersama ayah,,ayah tekankan mengaji alquran,,bawa kami jalan2,,walau ayah kerap tinggalkan rumah tapi tetap tak abaikan kami anak2,.kasih sayang ayah bagi sepenuhnya buat kami,Setiap kali ayah mula melangkah untuk keluar bekerja,,saya iringi doa,.YA,ALLAH..selamatkan perjalanan pergi dan balik ayahku,.moga setiap perjalanan dipermudahkan,.Setiap kali ayah bercerita tentang kemalangan yang menimpa sesiapa sahaja saya gugup..dalam hati ni,,Alhamdulillah,,ALLAH masih lindungi AYAH.Sebab,,kami sayang ayah..
TERIMA KASIH AYAH,.


mak ayah tersayang


Saya paling rapat dengan ayah,,anak yang sedikit lasak dari adik beradik lain,.Segala tugas yang saya boleh lakukan saya buat,.waktu2 ketiadaan ayah,,saya bantu mak untuk permudahkan kerja mak,.Kalau habis gas,,saya tolong tukarkan,.Bawa motor letak gas kat depan atau kat belakang motor bawa balik,,,punyai karier boleh mesin rumput,..sebelum ada mesin rumput,,saya tebas jer sume rumput2 tu kasi licin,..hahaha,,.kalau orang tengok,,memang orang tak caya ni kerja budak pompuan...

Tiap kali ayah nak kemana2,,saya tukang ikut,..adik2 kakok sibuk belajar,,saya tukang ikut,.kemana jer ayah gi saya peneman setia..,.bab2 belajar ni skip jer,.hihi,.(sebab tu tak boleh masuk university,..).masa tu adik2 ramai,.ayah hanya ado motor jer,.tu pon vespa,..Mak tak ikut la,,sebab jaga adik2,..saya ni dah siap2 keluar senyap2 nak ikut,,,bila dah sembunyi tu konfemla ayah bawa ikut sekali,..memboncengla ngan ayah naik vespa,.

Bila dah masuk umur 16 tahun,,saya cuba bawak motor vespa tu,,bukan senang tau nak bawa vespa ..enjin duk sebelah jer,.jadi,,bila bawa motor tu,,berat enjin tu lebih terasa,..macam berat sebelah,.tapi,,bila dah elok jalan ok jer,..Glamour la Satu kampong orang tengok..orang perempuan pertama gunakan vespa,..lama kelamaan,,ada jugak yang mencuba bwk vespa...dah jadi ikutan...

Pernah jugak bawa suami naik vespa,..saya yang bawa,,suami jadi pembonceng,..hihi..kenangan manis masa mula2 kawen,..

Tugas mak kat rumah jaga kami anak2,..ragam anak2 mak tempuh dgn sabar,..tiap kali ayah bekerja mak sering dilanda bimbang,.yer,,mana taknya,.isteri bimbangkan suami,.Perjalanan dalam tempoh bekerja macammana kah agaknye,,kesihatan ayah(ayah hidap sakit darah tinggi)sekarang ni konsisten vitamin SHAKLEE..moga ayah diberi kesihatan berpanjangan...

Pada masa sama mak bimbangkan kesihatan anak2,.mak tak reti memandu,.hanya kayuh basikal jer mak boleh,.sebab mak takut untuk memandu.Kalau mak kayuh basikal,,ada jer kereta yang datang mak yang terbalik dulu,,mak x boleh nak berselisih ngan kenderaan pun,,kalau selisih mula la mak gugup...Tiap kali anak2 demam,,mak tak bagi ayah kerja,.ayah minta cuti,..faham2 je la kan,,.anak ramai,,kalau sorang demam kebiasaan akan meleret pada anak2 lain,..Tu cabaran buat mak ayah,..kekadang pengurus tak bagi ayah cuti lama sebab kekurangan pekerja,..sampai anak makin teruk baru tau reti,,sebab kekadang ramai yang sukar nak memahami keadaan orang lain,.Cuba bayang kalau apa yang berlaku tu,,anda yang alami,..Alhamdulillah,,liku2 kehidupan mak dah makin baik sekarang,..terima kasih mak sebab dah bimbing kami ke arah yang terbaik,..
kagum dengan mak,,Seramai 8 orang anak,,.boleh dibimbing sebaik mungkin,..

Pernah mak berniaga Gula Melaka semata2 ingin bantu kewangan keluarga,,bantu sedikit sebanyak ringankan tanggungan ayah,.Saya kini hampir sama situasi dengan mak,.Seorang Surirumah yang ingin bantu Suami,..

KISAH GULA MELAKA



Mak saudara saya tukang buat gula merah di pasir puteh,kalau kat Kelantan ni lebih dikenali manisan,.Diperbuat dari nira kelapa yang dipanjat sendiri oleh suaminya,.Gula merah asli tak dicampur gula,,.Sebulan sekali mak ke pasir puteh untuk dapatkan gula merah ni untuk kami 4 beradik jual sekitar kawasan rumah di KOTA BHARU,.masa tu saya darjah 3,.kak long(Nur zahirah),,darjah 4..(pemilik blog zahirahhafizan.BlogSpot.com).,yang dulu seorang ENGINEER,,sekarang dah bergelar surirumah bekerjaya setelah Berjaya dalam SHAKLEE...dan 2 adik yang juga turut menemani,huda dan akmar,.Huda kini seorang guru dan akmar kini seorang jururawat HUSM...tahniah untuk adik2,..

Setiap petang atau hujung minggu,,kami berniaga,.2 buah basikal yang dipenuhi gula merah dalam setiap bakul basikal..Saya dan kak long tukang kayuh basikal,.adik2 pembonceng,..Tiap satu rumah,,satu rumah kami ketuk,.mempromosikan Gula merah,,.Gula merah kami sangat disukai makcik2 sekitar kampong sebab asli,.masa tu 8keping harga rm2,..kalau ingat balik..memang murah sangat berbanding sekarang,..harga gula merah sekarang 3 kpg dah 3 ringgit...

Dalam berniaga,,kak long letak target,.gula merah 2 bakul tu mesti habis tiap kali keluar rumah,.kalau balik,,mesti dah habis,.dari jam 3 hingga 6 petang,.kami pulang kerumah dengan bakul yang kosong,.semestinya,,kami dah gembirakan mak masa tu,.puashati dan gembira sangat berniaga masa kecik2...Saya,,dari kecik sampai sekarang ni memang tak boleh lari dengan bisnes,..seolah2 dah akrab sehingga kini,..

adik beradik yang lain lebih kepada pemalu,.tapi,,saya memang betul2 tak sangka kak long,.seorang yang sangat2 pemalu untuk berbisnes dulu,,boleh Berjaya sehingga kini,..Sangat2,,saya kagum,,..Tahniah yer kak long,,.dan inshaallah,.saya akan ikut jejak kak long,..




Keakraban kami 8 beradik sangat2 kuat,,dengan bimbingan kak long,,kami mampu jadi adik2 yang baik,.
kak long ni orangnya matang..Seawal 12 tahun kak long dah boleh berdikari,,bagi nasihat untuk adik2,,bahagikan tugas untuk bantu mak,.Tiap2 sorang WAJIB ada tugas,..Ni antara 4 orang yang teratas,..

kak long anak pertama, IRA,saya anak kedua(sedikit keras kepala),,orang cakap lain aku buat lain,.kerja yang dibuat tak pernah siap asyik bertangguh...hahaa,..diiringi adik no 3,HUDA dan NO 4,AKMAR...
Dulu,,kami takde mesin kain,.kak long lebih kepada cuci pakaian,,saya lebih minat pada masak,,huda cuci pinggan mangkuk,kemas rumah dan akmar lebih pada gosok baju sekolah,..mak jaga adik2,..best sgt bekerjasama,.Pernah jugak terfikir nak latih anak2 macam mak buat,..anak zaman sekarang sedikit susah nak buat,..bila disuruh,,macam2 alas an,.kejapla,,letihla,,main game berjam2 takde masalah la pulak,..

kak long lebih banyak melaksanakan tanggungjawab dia terhadap mak ayah serta adik beradik,..Alhamdulillah,.beruntung kami ada kak long,..sehingga sekarang,,tanggungjawab kak long terhadap kami tak pernah putus,...Kami sayang kak long,..

TERIMA KASIH...

Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan