Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

KERJA GILA ( Bahagian 1 )

[ Sharing kisah zaman kecik-kecik ]...

Alam persekolahan sekolah rendah hampir tamat..Darjah 6,,berada di Sk Lundang selama 6 tahun..Semua kenangan bersama sahabat-sahabat ku ingat sampai bila-bila...Sweet memori tu...Hadirnya sahabat penyeri kehidupan....

Kak long,memasuki alam persekolahan sekolah menengah...Dia layak ke Smu(A) maahad muhammadi (P)..Mula biasakan diri dengan pengangkutan awam ...
untuk ke sekolah...

Alhamdulillah,,biasakan diri dengan menaiki bas ulang alik untuk ke sekolah menggunakan Pas bulanan yang lebih murah sebab ayah seorang pemandu bas,dapat potongan harga la bagi anak-anak Staf..

Sesekali,,ekin dengan selamba je memperkenalkan diri kat pakcik pemandu bas tu yang ekin ni pun anak pemandu bas..."Pokcik,,ayoh kito pon bawa bas jugok..Anak zakaria D 335..Bawa bas dari KB ke KL dan berpatah balik ke KL ke KB.Memang ramai yang kenal ayah..

Terasa bangga walaupun ayah hanya pemandu bas,,ayah mampu berikan yang terbaik untuk kami anak-anak...Terus,,tak perlu bayar tambang bas..Dapat 'free' je naik bas..hehe..

Satu hari yang betul-betul mencabar...[Buat kerja gila]...

Kak long,Nur Zahirah dan saya diberi tanggungjawab untuk beli peralatan keperluan sekolah kat Mydin..Untuk lebih jimat,,kami gunakan buku-buku tanpa 'cop' sekolah sbb harga jauh lebih murah..

Hari Jumaat ,Jam 8 pagi,,keluar diawal pagi untuk elakkan kesesakan dan bersesak dgn orang ramai yang turut beli keperluan persekolahan...Dengan senarai barang yang diminta oleh mak ditangan..

Sampai kat Mydin Ekin dan kak long,,segerakan lengkapkan semua list barang yang ditulis cukup..Tiba waktu pembayaran....aihhh,,..........???
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan