Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

KERJA GILA (bahagian 2)

[Kerja gila]...

Pertama kali Ekin ke Kota bharu bersama kak long...Ke mydin untuk beli peralatan sekolah....

Sampai kat mydin..Semua keperluan yang tersenarai dalam 'list' di gengaman dah cukup...Mak bagi rm50 untuk kos peralatan..Kami bajet betul-betul supaya cukup...

Lama kak long berdiam diri...ku pun pelik...Aihh,,apesal kak long ni...Lama kak long fikir,,akhirnya kak long cakap duit yang m...ak bagi hilang...Memang kak long gugup masa tu..Dalam diri dia nekad nak balik rumah dgn bawa barang yang dipesan mak walau apa jadi pon...

Mata dah mula berair..Nak nangis..,,tangan tak payah nak cakap la..Memang sejuk dan terketar-ketar...Merata cari duit...Langkah pertama yang dituju..Maklumkan pada DJ yang bertugas mintak pertolongan sekiranya ada yang menjumpai 'duit' kami harap dimaklumkan..

Lama kami menunggu dengan harapan 'duit' kami dijumpai...Dengan menangis teresak-esak,,dan dengan 'diarahkan' kak long..

Ekin menuju kearah seorang pemuda dengan harapan kami diberi pertolongan..Sambil diperhatikan kak long untuk menyokong..Apa yang keluar dari mulut ni jujur je dari hati..Terus terang cakap kat 'abang' tu yang kami kehilangan wang..

[Hadirnya insan yang berhati mulia]...

 Bila diberitahu kak long,,duit yang mak bagi hilang...Rasa gemuruh datang tiba-tiba...Nak balik takut kena marah,,,dan semestinya kami telah menghampakan mak..

Disebabkan kami tahu jerit perih nak dapatkan 'duit' untuk kehidupan seharian..Ekin dan kak long nekad ba...lik dengan bawa jugak barang yang dipesan mak...

Ekin mulakan langkah dulu diekori kak long..Menghampiri seorang 'abang' yang belek-belek buku-buku...

Memang teresak-esak nangis...Suara pun tak keluar langsung,,tersekat-sekat...

'Abang,,duit mak bagi hilang,,rm50..mak pesan suruh beli buku sekolah..Tak tau mana duit tu jatuh..Nak balik,,takut mak marah..'..Kemudian abang tu hulurkan rm20 pada kami..memang tak terucap terima kasih tak terhingga dari kami..Syukur sangat-sangat...

Pastu,,kami tinggalkan barang-barang keperluan tu dalam bakul..Tinggalkan sekejap untuk solat zuhur kat Surau di Stesen bas Kota bharu...Dalam gengaman dah ada rm20...Mana lagi nak cari rm30...???

Selesai solat..Kami tengok ada makcik jual akhbar..Kami hampirinya,,'Makcik,,ada nak mintak tolong apa-apa tak..??kami nak bantu...Makcik tu mintak kami berdua jagakan kedai surat khabar,,sambil kami jaga kedai..kami jual akhbar...Dapat upah rm5 untuk setiap sorang...heheee...Padahal,,x cakap pon kami ada masalah masa tu..

Akhir sekali kami singgah jumpa nenek yang berniaga kat Pasar lama Mpkb di Kota bharu...Tak cakap jugak yang kami ada masalah..Nenek kami bagi kami makan kenyang-kenyang..Dah selesai makan nenek hulurkan Rm50 kepada kami berdua..

Alangkah terkejut dan terasa amat-amat gembira dan bersyukur kembali pada Allah..walaupun seharian kami diuji,,dengan hati yang merintih..Allah bagi 'kemanisan' untuk kami akhirnya...

Dengan hadirnya insan-insan yang baik..Duit yang kami hilang pada hari itu bertambah-tambah Allah gantikan...Syukur tak terhingga...

Dengan perasaan yang sangat-sangat gembira...Kami kembali lagi ke mydin untuk kali kedua...Mendapatkan kembali barang-barang keperluan persekolahan kami dan adik-adik...

Andai aku kenali 'abang' yang membantuku...Ingin sekali lagi ku berterima kasih pada nya atas bantuan ikhlas untuk kami..Moga Allah merahmatinya...

Alfatihah buat arwah nenek kami..Yang betul-betul ambik berat akan kami walaupun kami hanyalah cucu angkatnya...

Sehingga kini,,mak tak tahu apa yang terjadi pada kami..Andai mak tersayang kami membacanya...Mohon maaf banyak-banyak andainya 'rahsia' ini tersimpan lama tanpa pengetahuan mak...Hanya Ekin dan kak long Nur Zahirah sahaja yang tahu...Sebab kami menghargai kepayahan mak ayah mencari rezeki untuk kami..

Kini,,kak long..Melaksanakan tanggungjawabnya untuk menggembirakan ibu bapa serta kami adik-beradik...Bekas engineer petronas..Kini,,Master dalam Shaklee...

Kami adik-beradik ikut jejakmu kak long...Moga kami pun berjaya macam kamu...Kami sayang kak long 
ZERO to HERO
0199531061,,Ekin..
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan