Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Sayang ibubapa

Assalamualaikum sahabat semua...?
Apa bukti kita sayang pada kedua ibubapa kita.. Ketika mereka masih sihat sememangnya mudah untuk kita buktikan.. Mungkin dengan ziarah tanya khabar,, bekalkan sedikit duit dapur mungkin boleh menyatakan dengan buktinya kita sayang pada mak ayah...
Tapi,, bila kedua orang tua kita sakit..Terlantar uzur contohnya..Setakat manakah bukti kasih sayang itu... Sanggupkah kita lakukan sedikit pengorbanan pada mereka...??
Ada ke sedikit ruang untuk mereka di ruang rumah anda??
Mereka yang uzur,, memang perlukan perhatian anak -anak dan cucu terutamanya.. Wahai ibu ayah ! Didiklah anak -anak supaya sentiasa dekatkan diri dengan atuk nenek mereka..
Iye.. Mungkin zaman sekarang mereka boleh beri alasan sibuk belajar,, dan sibuk bekerja ..Tapi,, sampai bila sibuk tu akan pergi.. Adakah bila ibu bapa,, atuk nenek mereka dah tinggalkan dunia ni...
Cuba renungkan.. Bila hari terakhir anda bersama mereka.. Adakah anda sentuh dan rawat mereka...?? Berapa lamakah masa yang anda habiskan untuk bertanya khabar mereka?? Adakah sekadar macam ziarah orang luar kat hospital?? Tak sampai setengah jam dah balik.. Singgah kejap,, hulur duit balik.. Tu je ke??
Cuba bayang balik.. Jika anak -anak anda pon lakukan perkara yang sama terhadap anda bila anda tua nanti.. Sanggup ke??
Allah itu maha adil,.. anda pun pasti lalui hari tua...
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan