Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Sumber Vitamin C

Tumbuhan Sumber Vitamin C Terbaik


Tumbuhan sumber vitamin C terbaik
Tumbuhan Sumber Vitamin C Terbaik
Melengkapkan hidangan harian dengan memilih sayur-sayuran dan buah-buahan adalah cara terbaik bagi mendapatkan khasiat vitamin untuk kesihatan. Bahkan dengan pengambilan sayur dan buah yang banyak lebih baik untuk setiap organ mendapat serat penting. Salah satu sumber vitamin yang banyak terdapat dalam tumbuhan ialah vitamin C.

Vitamin C juga boleh didapati dalam susu ibu dan beberapa organ haiwan serta susu yang dihasilkan. Organ haiwan yang banyak ditemui vitamin C adalah hati dan susu. Berbanding otot haiwan yang sangat jarang ditemui Vitamin C, menyebabkan haiwan bukanlah sumber terbaik dan bukan sumber mudah untuk memperolehi vitamin C. Bahkan banyak vitamin C dari sumber haiwan mudah musnah apabila dipanaskan dan hampir musnah keseluruhan apabila dipanaskan ke tahap mendidih.

Organ haiwan yang mempunyai vitamin C antaranya:
  • Hati Lembu (mentah) 31mg
  • Tiram (mentah) 30mg
  • Hati ayam (goreng) 13mg
  • Otak kambing (rebus) 17mg
  • Telur ikan kod (goreng) 26mg
  • Jantung anak biri-biri (panggang) 11mg
  • Susu kambing (segar) 2mg
  • Susu unta (segar) 5mg
  • Susu lembu (segar) 2mg
Sayur-sayuran yang mempunyai vitamin C antaranya:
  • Brokoli 90mg
  • Cili merah 144mg
  • Kubis bunga 40mg
  • Bawang putih 31mg
  • Bayam 30mg
  • Kentang 20mg
  • Tomato 10mg
  • Lobak merah 9mg
  • Salad 4mg
  • Mentimun 3mg
  • Terung 2mg
Buah-buahan yang mempunyai vitamin C antaranya:
  • Anggur hitam 200mg
  • Jambu batu 100mg
  • Kiwi 90mg
  • Kismis merah 80mg
  • Laici 70mg
  • Betik 60mg
  • Strawberi 60mg
  • Oren 50mg
  • Lemon 40mg
  • Limau Mandarin 30mg
  • Limau 30mg
  • Mangga 28mg
  • Tembikai susu 20mg
  • Nenas 10mg
Senarai di atas adalah sebahagian tumbuhan yang mempunyai sumber vitamin C. Kadar kandungan vitamin C dalam setiap tumbuhan bergantung kepada jenis tanaman, situasi tanah, suhu, iklim, tempoh menuai, penyimpanan dan cara penyediaan. Semua ini akan memberi nilai dan kualiti tahap vitamin C dalam tumbuhan.



Penyediaaan hidangan


Sebarang bentuk pemanasan terhadap tumbuhan dan makanan samada memasak, menggoreng, merebus dan sebagainya akan memecahkan struktur asal sesuatu enzim di dalam bahan makanan. Struktur vitamin C akan berpecah ke bahagian lain di serata hidangan dan ia semakin berkurangan apabila semakin lama ia dimasak dan semakin tinggi suhu yang digunakan.

Kebanyakan sayuran yang mengandungi vitamin C sangat mudah musnah apabila sesuatu hidangan dipanaskan, sekitar 60% vitamin C akan musnah dan kemuncaknya ia akan terus musnah apabila masakan sudah mendidih. Cara memanaskan makanan simpanan juga turut sama memusnahkan enzim vitamin C.

Oleh itu, hidangan yang melibatkan sayuran tidak mengambil masa yang lama dalam masakan. Sesetengah hidangan hanya dimasukkan sayuran sebaik saja api dipadamkan. Ini bagi memelihara vitamin C dan khasiat lain dalam sayuran tidak musnah dengan ketara.

Cadangan suplemen vitamin C terbaik


Produk suplemen vitamin C banyak terdapat di pasaran. Namun, tidak semua melalui tahap ujian klinikal dan wibawa yang diperakui dunia. Terdapat suplemen vitamin yang tidak sepenuhnya mengandungi vitamin C dan terdapat juga suplemen melalui proses kimia. Ini sangat tidak baik untuk kesihatan dan memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Memperkenalkan Sustained Release Vita-C Plus yang kaya dengan 100% bahan semulajadi dan melalui teknologi hijau serta bebas dari sebarang bahan kimia. Ia turut melalui ujian klinikal daripada pakar antarabangsa dan mempunyai sijil kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berminat mendapatkan Sustained Release Vita-C Plus?


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya secara COD di area Kota Bharu dan Kubang Kerian, bolehlah menghubungi saya melalui whatsapp/sms: 019-953 1061

POSLAJU juga available ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
  1. Facebook ProfileEkin Azhari
  2. Facebook PageMama Ekin Beauty
  3. InstagramEkin Azhari
  4. Twitter :@EkinAzhari
  5. Tumblr : Ekin Azhari
  6. FlickrNur Asyikin Zakaria
  7. FoursquareEkin Azhari
  8. LinkedInEkin Azhari
  9. PinterestMama Ekin Beauty
  10. YoutubeMama Ekin Beauty
  11. Google PageMama Ekin Beauty
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan