Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Pengalaman Pertama Kali Ku Naik Pesawat

Semua rakyat tahu tentang kehilangan MH 370,,Malah seluruh dunia tahu…

Pertama kali saya naik pesawat pada 18hb jan 2014,,untuk hadiri majlis master celebration kak long..memang sangat2 teruja,.termasuk anak2,..walaupun buat permulaan rasa berdebar yang teramat,..saya ni seorang yang jenis takut untuk travel…paling jauh pon dulu2,,naik bas sampai KL je,.kalau ngan mak ayah pernah la ke Pahang ikut... mak ayah kerumah saudara mara,..
                                                                            bersama suami tersayang 

 Memang saya takut nak travel jauh2,…pertama kali naik flight,.saya gugup bercampur teruja,..sebab memang impikan nak naik flight..tp disebabkan takut saya pendamkan jer,.tau mau naik..masa kak long cakap semua adik2 n mak ayah kena gi master celebration yang bertempat kat istana hotel kl,,dalam kepala ni jauhnye nk gi..pastu terus jer cakap kat kak long ,,nk gi ngan flight la kak long,,boleh tempah tiket tak??kak long terus tempah secara online..biar la boleh merasa kejap jer pun,,walau tak panas punggung,..kak long gelak…nampak sangat excited nak naik flight…

Masa nak naik tu,,tersangat2 berdebar,..dupdapdupdap jer jantung,..dah elok naik,.sangat2 kagum ciptaan ALLAH S.W.T..pemandangan yang sangat indah…ALLAHUAKBAR,..Anak2 pon sama,.teruja yang amat sangat,.tak pernah duk diam..sepanjang berada dalam pesawat 45 minit tu tak henti2 bercakap,.macam2 soalan diorang tanya,..berebut nak duk tepi tingkap la macam2…satu flight pon boleh dengar kecoh suara diorang teruja…si aimi,,ank no 3 cakap,..abah,tengok tu!macam gula2 kapas…ku dan suami layan jer..



 Apabila sampai ke destinasi LCCT sepang,,.selama 45minit perjalanan,..akak duk sebelah tanya,.baru first time ke dik,.?tengok ank2 gembira jer,.aku mengangguk…mengiyakan pertanyaan,..
Sememangnya,lepas ni boleh merasa lagi naik flight,..ku bersyukur,.diberi kehidupan lebih baik,.berbanding yang masih mencari kesenangan,..memang ramai dah boleh merasa naik flight,,(everyone can fly),.tapi,,masih ramai juga yang belum merasai…

#Pada masa ini,..saya juga dapat merasakan kesedihan keluarga penumpang MH 370,..dan saya meletakkan diri saya berada dlm pesawat terbabit,boleh dibayangkan...apa yang dirasai,.bersyukur sgt2,.dan saya mendoakan yang terbaik!
YA ALLAH,..dengan rahmatmu,.aku berlindung padamu,..berikan jalan yang terbaik untuk semua….moga ahli keluarga yang terlibat sentiasa tabah,.amin..
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan