Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Pengalaman bersalin

Bismillahhirrahmanirrahim,..

Assalamualaikum buat sahabat - sahabat yang ekin sayang...Semoga hari yang kita lalui makin indah dengan rasa bersyukur ke hadrat ALLAH..

Alhamdulillah,,hari ni ekin dapat lebih ramai sahabat yang baik ..Syukur sekali lagi kerana Allah sahabat yang memahami dan saling berkongsi pengalaman hidup masing-masing..Walau belum pernah bersua..Ukhwah yang datang terasa amat erat..InshaAllah,,akan terus bersahabat kerana ALLAH...

Ok..Ekin ada cerita nak dikongsi sikit hari ni,.Moga berfaedah untuk anda semua,.Terutama yang bakal timang anak pertama,.Ye la kan,,masih belum ada pengalaman bersalin,.Semestinya berdebar kan,.Tak sabar dengan kehadiran cahayamata pengerat kasih sayang antara Suami isteri,..

Alhamdulillah,,bila disahkan hamil,,Ekin gembira,.Tempoh masa Ekin hamil anak pertama dulu tak lama,,Ekin kawen bulan Januari,.Dan,,disahkan hamil bulan mac 2015..Beruntung sangat Ekin dapat timang anak awal,.Walaupon masih dalam situasi mengenali pasangan,.Ekin gembira,.Fuhh!!kalau nak bayang memang tak boleh nak gambarkan perasaan tu,.Bak kata P.Ramlee,,Bagai duniaaa ana yang punya..hehe..

Seawal kandungan 8 minggu Ekin dah rujuk doktor perubatan klinik swasta,.Nak pastikan kesihatan kandungan,.Sampaila kandungan nak masuk 5 bulan barulah Ekin bukak buku Pink kat klinik Kerajaan..Alhamdulillah,,"morning sickness" memang takde sangat,.Tak sampai melarat pun,.Walau hamil anak pertama Ekin masih cergas seperti biasa..Boleh urus tugas surirumah dengan sempurna..

Masuk usia kandungan 36 minggu,,Ekin masih lagi takde tanda-tanda nak bersalin,.Kalau diikutkan ada masa lagi seminggu untuk tarikh jangkaan,.Masa tu takdela berdebar sangat menghitung hari nak bersalin,.Sebab tak pernah rasa macammana,.Ekin pon sebenarnya lasak sikit kalau bab-bab sakit ni,.Ye la,,bukan nak angkuh,.Tapi memang Ekin ni kalau bab-bab luka boleh bertahan..Kalau nak cakap sakit luka tu memang dah kerap sangat,,Jatuh basikal tak payah nak cakap la..Paling kerap,.Ekin ni lasak sikit orangnya,.

Haa,.dah out of topic,.

Bersalin anak pertama Ekin bersalin kat rumah mak,.Nak tau kenapa??Sebab tak sempat nak sampai ke hospital,.

Genap usia kandungan 36 minggu,.Masa tu,,minta izin suami balik rumah mak kejap,.Jarak rumah mak Ekin dengan rumah mertua dekat je,.Masa tu,,Ekin tinggal kat rumah mertua,.Ada masa luang Ekin balik la rumah mak..
Bila dah suami izinkan apalagi,.Luang masa kat rumah mak,.Balik sorang je masa tu,,sebab suami ada kelas tusyen..

Sehari sebelum bersalin..
Mak beli beras,,(Beras siam)..yang guni besar tu,,Ekin tak ingat dah berapa kilo..
Masa tu beras duk kat luar rumah,.Punyela semangat nak tolong angkat kan ke dapur,.Kalu ikutkan nak angkat sorang -sorang je,.Siap kena bebel kat mak..hahaa..
Disebabkan terlalu yakin boleh angkat,,ku angkat jugak beras tu sambil dibantu adik,.(Sebelah menyebelah)..Sambil diperhatikan mak,.Dalam loghat kelantan mak membebel "Kang beranok situ baru tau"..Ekin senyum je..hehe..Bertuah punya anak,.
Malam tu tidur kat rumah mak,.

Selesai bersarapan dengan suami,,Suami terus gi kelas tusyen tanpa rasa bimbang sebab masih lagi takde tanda-tanda bersalin,.Lagipun masa tu Ekin dah kat rumah mak,.Sekurang-kurangnya ada jugak bmbingan dari orang tua,.Ibu yang dah ada pengalaman melahirkan 8 orang anak...Selesai makan,,Kemas meja,,cuci pinggan mangkuk..

Dan,,,sedang elok-elok cuci pinggan tu perut memulas,,.Terus cakap kat mak yang duk kat ruangtamu,.

"Mak,,perut sakit la,,memulas..Pinggang pon rasa macam nak patah" Ekin mengadu..

"Nak bersalin dah tu"..Kata mak,.

Ekin masa tu memang tak boleh nak buat apa dah,,Darah dah keluar..Dari anak sulung sampai anak ketiga ekin "ketuban darah"..

Mak terus hubungi ambulan dan suami,.Minta pulang cepat,..
Dalam masa menunggu ambulan,,Mak panggilkan bidan pencen tolong tenggokkan,.Risau ambulan lambat sampai,.
"Bidan pencen" tu dulu bekas Jururawat klinik Ibu dan anak..

Ambulan masih belum sampai,Suami pun belum sampai.Masa tu Ekin dah 6 cm pembukaan jalan,.Mungkin dalam keadaan sakit Ekin tak sedar yang Ekin sedang "Push" baby untuk keluar..Masa tu memang dah separuh sedar,.Memang sakit,,tapi alhamdulillah sekejap je,.Takdela sampai berjam-jam dan berhari-hari,,.

Sampai je ambulan,,Ekin dah bersalin,..Nasib Ekin hari tu,,ambulan sampai lewat setengah jam sebab sesat jalan,.Tak jumpa jalan rumah mak,,sebab banyak sangat lorong...
Suami pulak,,tersangkut dengan Van pasir yang sedang mencari lokasi untuk penghantaran,.Ambulan dan suami sampai pada masa yang sama..Ekin dah bersalin,,.hehee,.

Alang-alang dah bersalin dan tidak bermasalah,,ambulan tak bawa Ekin ke hospital..Pihak hospital serahkan pada bidan pencen yang dah menyambut kelahiran selesaikan tugas,..

Masalah yang Ekin terima akibat bersalin dirumah,,Susah nak dapatkan surat beranak anak,.Sebab bersalin dengan "bidan pencen"..Tiada pihak yang sah,,sebab bidan tu dah tak bekerja,.

Atas jasa baik Doktor perubatan Klinik ibu dan anak mengesahkan kelahiran,.Alhamdulillah,.Selesai juga akhirnya proses pendaftaran kelahiran anak..Disebabkan pengalaman bersalin pertama Ekin dirumah,,Ekin sentiasa berhati-hati bila tarikh jangkaan dah hampir,,Risau sangat takut nanti berulang lagi,.

Anak seterusnya Ekin dah sempat ke Hospital,,Bersalin di HUSM,,kubang kerian..Moga-moga,,kelahiran kali ini pun takde masalah dah,.

"Selamat melahirkan anak"..
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan bersalin ye ekin...eloklah kita kongsi pengalaman bersalin ni.Kadang-kadang dah beranak ramaipun kita masih perlukan nasihat orang lain.Lain anak lain sakit bersalinnya kan.

    BalasPadam
  2. Selamat Berpantang bersama Shaklee khususnya...:)-

    BalasPadam