Selamat Datang Ke Blog Ekin Azhari

Selamat Datang Ke Blog Ekin Azhari

Friday, 12 December 2014

Retreat Beauty Consultant Kota bharu

Alhamdulillah,, selesai sudah tuntut ilmu hari ni.. 12 Dis 2014

Diterapkan sikap -sikap untuk kearah lebih baik dalam melaksanakan kerjaya..
Sebagai Perunding kecantikan.. Penampilan yang sesuai amat digalakkan..

Kalau dulu sikap tak ambil kisah tentang penampilan imej dan mekap,, kini dah hampir kepada perubahan yang lebih baik..

Kerjaya Marykay sesuai untuk semua golongan yang minat menceburkan diri dalam dunia mekap,, mahupun imej... Juga menitikberatkan kesihatan penjagaan wajah dan skill untuk punyai kemahiran dalam bidang Spa amat sesuai diceburi...

Walaupun,,secalit mekap belum pernah disapukan kewajah anda.. Kami para perunding kecantikan bersedia untuk membantu...

Berminat untuk menjadi salah seorang perunding kecantikan.. Boleh hubungi Ekin 019 9531061/ 019 9936306

Sunday, 7 December 2014

Pasti Al-hikmah,,baung bayam..

Tahun 2014,,tahun terakhir anak -anak menuntut ilmu kat Pasti Al -hikmah,,Baung bayam kota bharu kelantan..

Terima kasih buat guru yang mengajar.. Cikgu Su,, Cikgu Ros dan juga cikgu Ta..

Alfatihah buat ustaz kob,, pengasas Pasti Al -Hikmah.. Usia pendidikan di Pasti Al -Hikmah dah berbelas tahun dan masih lagi akan dinaik taraf pembelajaran serta pengurusan kearah lebih baik..

Dengan bayaran pendaftaran dan yuran yang agak rendah serta mampu ditanggung ibubapa.. Anak -anak mampu belajar mengenal huruf,, dan menghafal doa serta surah -surah pilihan di usia muda..

Ekin mula hantar anak sejak usia anak 4tahun lagi.. 3tahun menuntut kat Pasti Al -hikmah..

Dari hari pertama,, anak menangis tak henti sebab taknak berenggang dengan Ekin.. Guru -guru boleh layan karenah.. Hampir setiap hari menangis taknak ketadika.. Lama kelamaan makin suka belajar dan bergaul dengan rakan -rakan..

Tak ada masalah untuk anak -anak yang masih memakai lampin pakai buang.. Mereka boleh ke tadika walau memakai lampin...Buat ibu -ibu yang ingin biasakan anak -anak boleh sediakan 2keping lampin pakai buang dan sepasang baju untuk anak -anak bawa setiap hari ketadika.. Juga boleh sediakan sedikit sabun...

Inshaallah,, guru -guru akan berikan yang terbaik untuk anak anda.. Kerjasama ibubapa bersama guru -guru mampu atasi segala masalah dan ketidakpuasan hati ibubapa penjaga..

Bagi Ekin.. Ekin amat berpuashati atas pendidikan yang diberi guru -guru selama 3tahun anak belajar disana..

Terima kasih guru... Para pendidik Pasti Al -Hikmah baung bayam..

Kulit cantik dan sihat

Peluang baik untuk ibu -ibu dan bakal ibu kekal cantik..

Dalam memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa diperoleh oleh ibu -ibu ,,juga bakal ibu.. Ekin sarankan pengambilan makanan tambahan tidak dikecualikan..

Apatah lagi bagi ibu yang punyai anak yang ramai dan jarak kelahiran anak -anak terlalu dekat... Bila alami situasi ini,, ibu-ibu semestinya perlu ambil berat.. Untuk sentiasa sihat dan cergas demi insan tersayang.. Memastikan keperluan anak -anak dan suami terutamanya adalah tugas isteri.. Tu belum termasuk urusan rumahtangga serta tugas untuk ibubapa kandung dan mertua..

Haa.. banyak tau tanggungjawab isteri nih.. !

Bagi yang berpendapat untuk saling tolong menolong dalam rumahtangga pon Ekin setuju.. Ramai jugak para isteri yang punyai suami yang ringan tulang untuk bantu isteri laksanakan tugas rumahtangga.. Juga khidmat punyai pembantu dalam uruskan rumahtangga pon boleh juga sedikit sebanyak membantu meringankan tugas..

Adakalanya,, suami pun kepenatan setelah seharian dengan kerja yang tak habis kan.. Setakat mana la yang dapat di tolongnya.. Sebolehnya,, selesai je tugas kat pejabat.. Suami inginkan rehat yang cukup bila balik rumah..
Kesian jugak la kan kat suami.. Balik je dari tempat kerja kena tolong isteri..

Bagi isteri yang bekerja pula,,pasti penat bila balik dari kerja rumah bersepah,, kain baju banyak dan Uruskan anak -anak lagi..

Memang banyak tau tugas isteri !.. Tak kirala yang bekerja atau tidak..

Sampai bila kita nak mengharap pada bantuan suami dan pembantu?? .. Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk.. Kemungkinan besar kita akan lebih terpengaruh dengan keadaan yang memenatkan.. Bila dah penat,,apa akan jadi???

Mulala nak stress kan dan badan cepat letih.. Bila dah letih,,macam -macam perasaan negatif datang hinggap..Marah,, kepala berserabut,, migrain,, berdebar,, penat,,dan lain -lain.. Betul tak??  Sememangnya kita semua para ibu mahu elakkannya..

Bila jadi macam ni mulala berisiko kearah penuaan yang lebih cepat.. ohoho..Dahsyat tau penangan stress ni..

Kesan pada rumahtangga terutama anak -anak yang makin membesar pon akan terima kesan yang amat teruk.. Maka,, hindarilah ye...

Dengan pengambilan vitamin khas untuk ibu-ibu yang sentiasa penat dengan tugas seharian.. Ibu -ibu akan dapat kesihatan yang lebih baik.. Bila dah makin sihat,, badan cergas.. Kecantikan secara semulajadi dapat dihasilkan.. Wow!! Ni bonus tau... hehehe..

Ekin dah amalkannya sejak 2tahun lepas.. alhamdulillah.. dah dapat rasai kesannya..

Ekin sarankan set kesihatan optimum untuk para ibu... Bagi yang bersedia untuk hamil boleh konsisten set ibu hamil.. Dan bagi ibu menyusu pula,, set ibu menyusu disediakan khas untuk anda semua...

BONUS yang dapat.. Badan sihat,, kulit cantik.. Setiap hari merupakan hari yang bahagia... Cergas aje uruskan keluarga...

Ingin dibantu,, hubungi Ekin 0199531061

Ekin bantu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ekin dapat selama 2tahun dalam bidang kesihatan...

Inshaallah,, moga ia menjadi satu kebaikan untuk anda yang ingin kearah kesihatan lebih baik...

Saturday, 6 December 2014

Ubah penampilan kearah lebih baik

Tentu ramai remaja yang minat pada mekap..

Kenapa remaja?? Sebab mereka lebih suka pada cantik.. Suka berhias.. Adakah sebaliknya untuk seorang isteri yang dah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.. Akan sedikit sebanyak mula mengabaikan penampilan diri..

Berhias dan jaga penampilan tu penting tau.. Semua lelaki sukakan kecantikan.. Bohong la kalau ada suami yang tak sukakan kecantikan.. Apatah lagi kecantikan isteri ..Tataplah sepuasnya isteri anda..

Sedarlah wahai isteri yang dah mula abaikan penampilan.. Demi rumahtangga dan kebahagiaan buat suami tersayang..

Buat Ekin alhamdulillah,, tak perlu risau sangat tentang masalah jerawat teruk.. Sejak 2tahun amalkan pengambilan Vitamin shaklee.. Kesihatan Ekin bertambah baik dan mendorong kepada kecantikan wajah yang lebih semulajadi.. Walau tak bermekap.. Kulit Ekin alhamdulillah.. Sihat..

Kekadang,, bila keluar dari rumah untuk penghantaran.. Wajah sedikit merah disebabkan cuaca matahari yang terlalu panas sekarang ni mendorong Ekin menceburi bidang Perunding kecantikan..

Alhamdulillah,, dua bidang yang amat serasi digabungkan.. Perunding kesihatan dan perunding kecantikan...

Inshaallah,, moga impian Ekin untuk kearah kesihatan yang lebih baik juga kearah penampilan yang lebih meyakinkan dapat membantu lebih ramai insan di luar sana...

Dalam hidup,, jadilah insan yang sentiasa bermanfaat buat insan lain..

Hubungi Ekin 019 9531061 / 019 9936306

Sekiranya panggilan tidak berjawab,, boleh tinggalkan sms atau whatsap ke no talian untuk dihubungi kembali..

Terima kasih

Tuesday, 2 December 2014

Smartreader kids -Program cuti sekolah anak-anak

Assalamualaikum.. Apa khabar rakan -rakan Ekin..??

Alhamdulillah.. Bahagia rasa bila ada aktiviti untuk anak -anak musim cuti sekolah ni..

Ye lah,, membazir masa je kalau duk rumah.. Biasala anak -anak.. Kalau duk rumah aktiviti diorang menonton tv dan mengadap komputer aje kejenya... Apa yang disuruh..Memang liat la sikit.. Nak belajar ngan mama dan abah sendiri lagi la liat.. Kejap je masa belajar,, dah mintak nak main.. Ni lah ragam anak -anak..

Baik hantar kelas tambahan kat luar.. Ambik masa sejam dua supaya diorang fokus... Balik rumah bolehla nak main pun.. ahaaaa..

Sebelum nak hantar anak ke Program cuti sekolah ni merata jugak la Ekin cari info.,tanya pendapat  ibu-ibu yang anak diorang dah besar.. Tanya pengalaman diorang dalam memastikan pembelajaran anak -anak supaya lebih baik..

Yela,, risau jugak kalau anak -anak lemah dalam pelajaran.. Paling risau anak kedua.. Amira,masuk darjah satu masih tak boleh membaca.. Setiap anak tak sama tahap kebijaksanaan diorang..Semua dilayan dengan baik,cuma Ekin perlu lebih berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak -anak...

Memandangkan amira masih tak boleh membaca,, Ekin cuba cari kelas untuk amira boleh fokus membaca...

Alhamdulillah.. Ekin survey dua pusat perkembangan anak -anak.. CIC islamic preschool dan smartreader..

Syukur..Ekin dan suami memilih Smartreader.. kerana masa pembelajaran menjadi pilihan.. Masa penghantaran anak -anak pergi dan balik tidak menggangu rutin harian Ekin..

Sebelah pagi,, Ekin selesaikan urusan mertua.. Mandi,, dan makan.. Selesai urus mertua,, barulah urus anak -anak pulak.. Walau ada pembantu Ekin tak lepaskan tugas 100% pada pembantu.. Kami saling tolong menolong.. Barulah pembantu tak tertekan.. Banyak keje kena buat kan.. ?Kalau saling tolong-menolong ni ringan sikit kejenya..

Yuran pon berpatutan la bg Ekin yang punyai anak ramai ni.. Tak membebankan la.. Hanya rm150 sahaja untuk sebulan sepanjang cuti persekolahan hujung tahun ni..Sesi pembelajaran selama sejam setengah setiap hari.. 5x dalam seminggu..Setiap hari ahad hingga khamis..

Okla tu,, hari biasa bg anak -anak belajar... Cuti hari minggu barulah luang masa untuk diorang jalan -jalan.. Bolehla nak ke Pantai,, shopping ke dan jalan -jalan cari makan.. Bagi ruang diorang bergembira dan suka suki kejap kan. . hahaha..

Sunday, 30 November 2014

Sayang ibubapa

Assalamualaikum sahabat semua...?

Apa bukti kita sayang pada kedua ibubapa kita.. Ketika mereka masih sihat sememangnya mudah untuk kita buktikan.. Mungkin dengan ziarah tanya khabar,, bekalkan sedikit duit dapur mungkin boleh menyatakan dengan buktinya kita sayang pada mak ayah...

Tapi,, bila kedua orang tua kita sakit..Terlantar uzur contohnya..Setakat manakah bukti kasih sayang itu... Sanggupkah kita lakukan sedikit pengorbanan pada mereka...??

Ada ke sedikit ruang untuk mereka di ruang rumah anda??

Mereka yang uzur,, memang perlukan perhatian anak -anak dan cucu terutamanya.. Wahai ibu ayah ! Didiklah anak -anak supaya sentiasa dekatkan diri dengan atuk nenek mereka..

Iye.. Mungkin zaman sekarang mereka boleh beri alasan sibuk belajar,, dan sibuk bekerja ..Tapi,, sampai bila sibuk tu akan pergi.. Adakah bila ibu bapa,, atuk nenek mereka dah tinggalkan dunia ni...

Cuba renungkan.. Bila hari terakhir anda bersama mereka.. Adakah anda sentuh dan rawat mereka...?? Berapa lamakah masa yang anda habiskan untuk bertanya khabar mereka?? Adakah sekadar macam ziarah orang luar kat hospital?? Tak sampai setengah jam dah balik.. Singgah kejap,, hulur duit balik.. Tu je ke??

Cuba bayang balik.. Jika anak -anak anda pon lakukan perkara yang sama terhadap anda bila anda tua nanti.. Sanggup ke??

Allah itu maha adil,.. anda pun pasti lalui hari tua...

Friday, 28 November 2014

Mencari kesabaran dalam taubat nasuha

Bismillahhirrahmanirrahim..

Allahuakbar..

Beberapa hari ni mata tak berapa nak boleh lelap.. Ada je yang duk terbayang dalam kepala.. Merungkai seribu satu ujian yang menimpa..

Setiap hari yang dilalui setiap insan adalah ujian..Tak kira la apa jua sekalipun.. Samaada ianya baik atau buruk...

Tenangkan lah hati dengan solat dan doa.. Perbaiki lah diri walau hanya sedikit.. Walau ianya susah untuk dilakukan,, berusahalah untuk lakukan terlebih dahulu..

Inshaallah.. moga -moga hidayah dari Allah hadir untukku...

Ekin berusaha menjadi insan yang  lebih baik..

Tuesday, 18 November 2014

Sayang terhadap ibubapa

Sejauh manakah kasih sayang kita terhadap ibu bapa??

Jika ditanya adakah anda sayang terhadap ibu bapa?? Semestinya ramai yang menjawab mereka sayang mak ayah.. Tapi,, setakat mana.. Kalau nak dibuktikan selagi hayat mereka masih ada.. Pasti,,.!! Tak nampak kan?? Apatah lagi bila ibu bapa dah uzur dan alami pelbagai penyakit...

Masa itulah,, baru boleh menampakkan pengorbanan dan kesanggupan anda meluah rasa sayang itu dengan pengorbanan mereka merawat serta menjaga mereka selagi hayat masih ada...

Ini tak.. Cakap je sayang.. Tapi,, nak jenguk mak ayah kat kampung lebih kerap pun takde masa.. Apatah lagi nak rawat mereka... Jangan lepas tangan tau jaga mak ayah! Mungkin anda terlepas kat dunia ni.. Tanggungjawab anda sebagai anak masih ada tau tak?? Allah maha adil...

Dan,, anda juga pasti alami usia tua... Jika anda abaikan kedua ibubapa anda.. Tak mustahil anak -anak anda akan lakukan perkara yang sama untuk anda!
Maka,, bersedialah! Terima dengan hati terbuka....

Peringatan untuk diriku jua!

Ya Allah,, panjangkanlah usia kedua ibubapa ku... Rahmatilah mereka.. Supaya aku sentiasa boleh menjaga mereka! Amin..

Sunday, 2 November 2014

Buat bisnes tanpa modal

Assalamualaikum... Bismillahhirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,, Allah masih memberi nafas untuk lebih dekatkan diri denganNya.. Syukur...

Pagi ni Ekin ingin berkongsi bersama anda untuk menceburi bisnes tanpa modal...

Ini adalah peluang untuk anda!
Sesuai untuk golongan berumur 18tahun keatas...
Penuntut IPT pun boleh biasakan diri.. Untuk tampung kos pembelajaran dan duit poket.. Tak perlulah bergantung pada ibubapa dah..

Juga,, istimewa untuk surirumah.. Yang sentiasa perlu bergantung harap pada perbelanjaan dari suami.. Tak salah isteri berdikari mencari kewangan sendiri... Boleh tampung perbelanjaan dapur dan perbelanjaan harian anak -anak...

Terbukti berjaya dapat meraih pendapatan 4angka sebulan..Berbisnes  hanya dari rumah..

Hubungi Ekin 0199531061 / 019 9936306

Thursday, 30 October 2014

Closing sept 14,,yang amat mencabar...

Bismillah,, Ekin nak share satu kisah Ekin untuk menghampiri closing bulan lepas...
SEPT 2014...Ohooo...
Masa tu kekangan bajet sikit.. Allah uji sikit diatas kewangan.. Biasala,, baru lepas buat rumah.. Bajet pon sedikit sebanyak menguji..

Nak nangis bila ingat balik.. Namun,, masih ada rasa syukur dengan kehadiran keluarga, sahabat dan customer tetap yang tak putus -putus buat tempahan berulang...

Hampir 5bulan telefon pintar pertama Ekin rosak.. Masa tu Suami hadiahkan samsung y untuk bagi sokongan kat Ekin mula melangkah dalam bisnes shaklee nih..

Ek elehhh,, samsung y je pon.. budak sekolah pun boleh pakai.. Tak kisah la.. Jenama apa pun,, asalkan Ekin boleh guna.. Handphone sebelum ni nokia 3310 je tau yang tetap dihati..

Demi mengikut peredaran zaman moden la katakan.. Ekin memang kena guna. Demi perubahan! Untuk diri sendiri,, keluarga Dan anak -anak...

Dalam kekangan bajet tu,, Ekin 'sayang ' nak guna duit... Utamakan untuk yang perlu aje.. Terutama makan minum anak -anak dan keperluan mertua.. Tu yang utama difikirkan...Perbelanjaan dapur la yang paling penting.. Banyak yg kena fikir dan agihkan..

Last sekali,, Ekin beli handphone nokia.. Entahla jenis apa.. Rm 90 jer masa tu...
Paling murah yang Ekin ambik.. Asalkan dapat dihubungi dan menghubungi...

Group wasaap Ekin tinggalkan sekejap.. Hubungi dan sms je Ekin guna untuk team shaklee Ekin.. Sorang -sorang Ekin sms.. Bagitau dan bertanya khabar...

Alhamdulillah,, Ekin punyai sahabat yang memahami keadaan Ekin.. Syukur YA ALLAH.. engkau hadirkan insan yang baik untukku...

Ternyata,, Ekin rindu kat diorang,.. insan yang hadir dalam hidup ekin.. Betapa Ekin hargai perkenalan ini... Terima kasih dear !

Dalam masa 5bulan tu,, sepanjang handphone pintar rosak.. Kekangan untuk beronline sedikit tergugat.. Ye la,, biz online kan... mestilah penting handphone pintar nih...

Bukak fb hanya melalui laptop je,, menulis pon jarang sekali dapat.. Hanya selepas anak -anak kesekolah,, malam selepas mereka rehat dan larut malam selepas mereka semua tidur... Itulah rutin setiap hari ...

Sampai masa nak closing,, Ekin jauh ketinggalan namun itu tidak mematahkan semangat untuk Ekin... Hampir setiap saat Ekin berdoa... Mohon Allah permudahkan segalanya... Dalam setiap debaran.. Kumat kamit mulut duk zikir... Allahhuakbar... Baru ku tahu ajaibnya doa... Sebelum ni,, seringkali lupa untuk berdoa...

Dan,, alhamdulillah... order bertalu -talu masuk... Syukur,, walau disaat akhir..
Yang penting terus berusaha!

Untung tau,, kalau anda dah ada telefon pintar nak buat bisnes.. Senang dapat handphone pintar tapi tak buat apa -apa..

Bagi yang masih mencari cabang bisnes tanpa modal.. Jomla,, jangan segan nk tanya Ekin tau..

0199531061/ 019 9936306

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...