Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Smartreader kids -Program cuti sekolah anak-anak

Assalamualaikum.. Apa khabar rakan -rakan Ekin..??
Alhamdulillah.. Bahagia rasa bila ada aktiviti untuk anak -anak musim cuti sekolah ni..
Ye lah,, membazir masa je kalau duk rumah.. Biasala anak -anak.. Kalau duk rumah aktiviti diorang menonton tv dan mengadap komputer aje kejenya... Apa yang disuruh..Memang liat la sikit.. Nak belajar ngan mama dan abah sendiri lagi la liat.. Kejap je masa belajar,, dah mintak nak main.. Ni lah ragam anak -anak..
Baik hantar kelas tambahan kat luar.. Ambik masa sejam dua supaya diorang fokus... Balik rumah bolehla nak main pun.. ahaaaa..
Sebelum nak hantar anak ke Program cuti sekolah ni merata jugak la Ekin cari info.,tanya pendapat  ibu-ibu yang anak diorang dah besar.. Tanya pengalaman diorang dalam memastikan pembelajaran anak -anak supaya lebih baik..
Yela,, risau jugak kalau anak -anak lemah dalam pelajaran.. Paling risau anak kedua.. Amira,masuk darjah satu masih tak boleh membaca.. Setiap anak tak sama tahap kebijaksanaan diorang..Semua dilayan dengan baik,cuma Ekin perlu lebih berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak -anak...
Memandangkan amira masih tak boleh membaca,, Ekin cuba cari kelas untuk amira boleh fokus membaca...
Alhamdulillah.. Ekin survey dua pusat perkembangan anak -anak.. CIC islamic preschool dan smartreader..
Syukur..Ekin dan suami memilih Smartreader.. kerana masa pembelajaran menjadi pilihan.. Masa penghantaran anak -anak pergi dan balik tidak menggangu rutin harian Ekin..
Sebelah pagi,, Ekin selesaikan urusan mertua.. Mandi,, dan makan.. Selesai urus mertua,, barulah urus anak -anak pulak.. Walau ada pembantu Ekin tak lepaskan tugas 100% pada pembantu.. Kami saling tolong menolong.. Barulah pembantu tak tertekan.. Banyak keje kena buat kan.. ?Kalau saling tolong-menolong ni ringan sikit kejenya..
Yuran pon berpatutan la bg Ekin yang punyai anak ramai ni.. Tak membebankan la.. Hanya rm150 sahaja untuk sebulan sepanjang cuti persekolahan hujung tahun ni..Sesi pembelajaran selama sejam setengah setiap hari.. 5x dalam seminggu..Setiap hari ahad hingga khamis..
Okla tu,, hari biasa bg anak -anak belajar... Cuti hari minggu barulah luang masa untuk diorang jalan -jalan.. Bolehla nak ke Pantai,, shopping ke dan jalan -jalan cari makan.. Bagi ruang diorang bergembira dan suka suki kejap kan. . hahaha..
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan