Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Luruskan Niat Dalam Apa Jua Pekerjaan

Terlalu banyak impian yang tersimpan di minda kita selama ini sehingga ia berserabut disitu tanpa penjelasan...
Bagaimanakah cara paling layak untuk kita merealisasikan impian kita itu? Bagaimana pula Tujuan Hidup dan Sikap Seorang Mukmin atau Mukminah? Saya telah diajar oleh seorang guru,cara paling mustajab dalam memperjelaskan impian adalah menjadikan impian itu sebuah kenyataan adalah dengan membetulkan NIAT...
Apakah selama ini kita sudah menetapkan niat dalam melakukan sesuatu?Saya tidak berani menuding jari pada orang lain,kerana saya sendiri sering terkeliru dengan niat saya dalam melakukan sesuatu perkara...
Adakah hati saya terlajak riak,ego,sombong atau tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu...Adakah saya melakukan pekerjaan saya hanya kerana saya mahu mencari rezeki atau sekadar mendapat ganjaran semata- mata?
Jika saya sudah berumah tangga, apakah ciri-ciri Rumah Tangga Bahagia sudah tercapai? Jika saya mempunyai anak, adakah saya telah menunaikan Cara Mendidik Anak Yang Baik?
Saya bermohon kepadaNya agar dipelihara daripada perasaan seumpama ini..Saya belajar untuk ikhlas,semoga ikhlas itu sudi menjenguk hati saya...
Banyak sebenarnya impian masa lalu kita yang sudah Allah makbulkan tanpa kita sedar..Ada juga kejayaan - kejayaan besar yang sudah kita capai hari ini,kerana impian itu telah tertanam dalam minda kita mungkin sejak dulu lagi atau mungkin sejak kita kecil..
Apabila ia berjaya dicapai,,kita menganggapnya hanya satu kebetulan..Kerana kita selalu mendengar ucapan,"Dulu aku selalu berangan untuk dapatkan semua ini,tak sangka akhirnya angan-angan itu menjadi kenyataan."
Sebenarnya tidak ada yang kebetulan dalam hidup ini..Allah telah mengatur segalanya...
Ketika kita memasang impian dahulu,kita benar-benar berniat untuk mencapainya dan berkerja ke arah mencapai impian tersebut..Apabila ia sudah mantap dab melekat di minda,ia akan terus bergerak sehingga impian itu akhirnya terjadi..
Cuba kita bayangkan,dalam keadaan kita tidak sedar dan tidak perasan pun Allah telah memakbulkan niat,doa dan impian kita,apatah lagi jika kita tahu dengan jelas apa tujuan hidup kita ini..
Ramai orang yang masih mencari- cari keberadaan hidupnya 'disini'..Dia terus bekerja dan bekerja serta bermohon Allah memberikan rezeki  tanpa sedar Allah sudah pun memberikan rezeki itu kepadanya setiap hari..Dan ucapan alhamdulillah mungkin disebut,tetapi hanya sebagai rutin tanpa meniatkannya bersungguh-sungguh kerana Allah..
Kejayaan seseorang itu berdasarkan apa yang diniatkannya..Jika hanya berniat untuk mencari rezeki maka itulah yang kita dapat tetapi jika menjadikannya sebagai sebuah ibadah kepada Allah,pasti Allah melipatgandakan lagi kejayaan dan rezeki -Nya kerana dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Abu hurairah R.A dan tirdmizi..
Katanya,Rasulullah S.A.W bersabda..
Allah berfirman "Aku adalah sepertimana sangkaan hambaku,dan aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku..Jika ia ingat kepada Ku di dalam hatinya,aku ingat kepadanya didalam hatiKu..Dan jika ia ingat kepada Ku dikhalayak ramai,nescaya aku pun ingat kepadanya di khalayak ramai lebih baik..Dan jika ia mendekati ku sejengkal,,Aku pun mendekatinya sehasta..Dan jika ia mendekatiKu sehasta,nescaya Aku mendekatinya sedepa..Dan jika ia datang kepadaKu berjalan,maka Aku datang kepadanya sambil berlari."
"Aku adalah seperti sangkaan hamba Ku..."Subhanallah!
Bagaimanakah sangkaan kita terhadap pencipta kita kali ini..Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan pasanglah impian NIAT kerana Allah..Pasti Dia akan meluruskan Jalan Nya untuk kita lalui dengan mudah..Inshaallah..Dan,Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
Berdoalah agar kita selalu dalam lindungan Nya...aminn...
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan