Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Mengatasi tekanan Darah Rendah

Assalamaualaikum semua...Mungkin ada diantara kita mengalami masalah tekanan darah rendah,.Bagi diriku jika kepala terasa pening dan hampir pitam itulah tandanya tekanan darah berada pada kadar yang tidak normal disebabkan tidur atau rehat tak cukup..Hampir satu hari tak boleh bangun,,kepala teramat-amat sakit dan berdenyut..Selalunya aku hanya minum secawan ESP bercampur Mealshake yang dibancuh tanpa gula dan pekat,.Uishh,,memang sedap..Tak payah nak letak gula dah sebab ianya dah cukup manis.

Tanpa berlengah,,terus rujuk Doktor perubatan,,minta khidmat nasihat,.Doktor sarankan penambahan dos vitamin untuk diri ini dan perlulah konsisten,.Maklumlah,,anak-anak masih membesar dan masih perlukan perhatian,,Juga,,pada masa yang sama aku mengandung,.Semestinya perlu titik beratkan kesihatan..

Cara meningkatkan tekanan darah rendah ,..Adakah anda merasa pening dan lemah setelah berada didalam cuaca cerah dan panas? Ada kemungkinan bahawa anda mungkin menderita tekanan darah rendah.Tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup seseorang dan cara makan yang tepat.

Seorang perlu memiliki tekanan darah normal sekitar 120/80 mm Hg.Namun,ketika tekanan darah turun dibawah bacaan ini (90/60 mm Hg) dikatakan bahawa orang yang memiliki BP yang rendah,Hipotensi atau tekanan darah rendah tidak dianggap sebagai keadaan yang tidak menyebabkan kematian,,Namun,jika orang yang mengalami tekanan darah rendah ini beberapa gejala yang timbul adalah pening,pengsan,keletihan,gangguan tidur,kecemasan,tangan berasa sejuk,penglihatan kabur dan lain-lain.

Tekanan darah rendah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi darah ringan atau berat ,radang pada organ-organ tubuh,kelemahan pada otot dari denyutan jantung yang lambat,dan lain-lain juga dapat menyebabkan tekanan darah rendah..Bahkan beberapa pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan keadaan ini.


  1. Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

    Setiap ubat biasanya akan diberikan jika Anda dapat mengetahui penyebab sebenarnya. Tekanan rendah juga tidak terkecuali dan pengubatannya bergantung pada faktor penyebab. Secara umum, tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat perubahan tertentu dalam gaya hidup seseorang dan makanan yang biasa dimakan.

    1. Minum banyak air
    Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi, sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air. Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah, yang seterusnya akan meningkatkan tekanan darah. Minum minuman bertenaga seperti 100 plus, revive juga disarankan kerana ia dapat membekalkan tubuh dengan natrium dan kalium, yang akan membantu meningkatkan tingkat tekanan darah dengan cepat. Pada kes parah cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.

    2. Meningkatkan pengambilan garam
    Banyak orang yang akan membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.

    3. Banyak makan makanan kecil
    Tekanan darah rendah setelah makan atau hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.

    4. Mengenakan stokin

    Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

    5. Meninggikan kedudukan kepala
    Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.

    6. Bangun secara perlahan
    Jika Anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.

    7. Minum jus segar
    Jika Anda mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jus delima dipercayai sangat membantu.

    8. Makan kismis dan badam
    Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan minum.

    Bentuk ringan dari latihan/olahraga juga disarankan, namun perlu diingat latihan yang berat haruslah dihindari. Orang yang menderita tekanan darah rendah kerana kehilangan darah, harus dibawa ke klinik atau hospital dengan segera. Sebelum mencuba sebarang ubat, pastikan Anda berjumpa dengan doktor yang mengetahui tahap kesihatan Anda, kerana ubat berbeza-beza mengikut penyebab utama tekanan darah rendah ini.



Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 ulasan:

  1. kak syikin saya dah tahu kenapa time ngn nutrisi yang lame sy mudah pitam...
    memang hb pon low sgt...
    misipon asyik marah je...

    thnx kak ikin utk info berguna nih...:)

    BalasPadam
  2. Ya, sekiranya anda sedang pening kepala, bangunlah perlahan2 untuk mengubah kedudukan anda...tidak digslakkan untuk bangun secara mengejut...anda akan rasai perbezaannya.

    BalasPadam