Ekin Azhari Pengedar Shaklee Kota Bharu

Tahniah Menyertai Wellness Fair

Mama Ekin Beauty Hargai Sokongan


Tahniah Peserta Wellness Fair
Tahniah Buat Peserta
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan sebagai persediaan untuk acara yang diadakan di Mama Ekin Beauty, akhirnya program Wellness Fair dapat diluncurkan dengan jayanya.

Bermotifkan penjagaan kesihatan dan kecantikan, Wellness Fair menampilkan perkongsian berguna buat wanita dan suri rumahtangga untuk memanfaatkan kebaikan produk yang ditampilkan melalui demonstrasi yang terdapat dalam program ini.

Impak maksima melalui kehadiran Wellness Fair ialah penyertaan seorang jururawat yang antara  lain menjadi penguat betapa perlu program seumpama ini diadakan. Biar pun hujan lebat menyirami teratak Mama Ekin Beauty, namun semangat yang dibawa para peserta tidak sedikit pun dibasahi 'alasan' untuk turut sama mendapat maklumat.

Mama Ekin Beauty mengambil sedikit ruang ini untuk merakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih di atas kesudian peserta yang hadir. Mudah-mudahan dengan pendedahan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk diri dan keluarga serta teman yang lain dalam memastikan penjagaan kesihatan berada di landasan yang betul demi memelihara anugerah kecantikan istimewa dari tuhan.

Program Free Facial di Mama Ekin Beauty akan kembali menyusul selepas ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini. Usaha dan kerjasama semua hanya tuhan yang mampu membalasnya.

Salam kecemerlangan dari Mama Ekin Beauty!
Share on Google Plus

About Unknown

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan