Setiap ujian yang ALLAH beri,,ada Hikmah...


30 MAC 2014

Seharian hari ini...segala kerja tertangguh..sedikit ujian dari Allah..namun,,tetap rasai kegembiraan dlm syukur...Selesai hantar anak2 kesekolah..didatangi sahabat2 mertua ziarah kerumah..seramai 5 orang,,mertua masih ingat nama sahabat setiap sorang2..mereka berpelukan..hampir sejam berborak,,sahabat2 mertua mintak satu jag air untuk sedekahkan bacaan yasin untuk mertua...

alhamdulilillah,,sangat2 terharu..terpancar kegembiraan mertua dgn kunjungan sahabat lama..Pada masa yang sama,tak ketinggalan juga untuk turut sama mengikuti bacaan yasin beramai2 termasuk si kecik..

alhamdulillah...Selesai bacaan yasin,,dapat kata2 semangat daripada sahabat mertua untuk terus mendapat rahmat dari Allah untuk merawat orang sakit.Dalam merawat orang yang sakit sememangnya perlukan kesabaran yang kuat,,perlu bijak urus masa dan makan minum..terutama bagi yang tersangat2 uzur,.Yer,,sememangnya ada sedikit stress,,kekadang..Sedikit sebanyak saya akan kongsi masalah dengan orang yang lebih tua,,mintak khidmat nasihat untuk bantu saya atasi kekurangan stress..

Banyak faktor jugak yang boleh menyebabkan stress,.Namun,,bila ada kesabaran dan muhasabah diri,,terapi rohani,,.Stress sememangnya akan berkurang,..Cara saya atasi stress,..Bila saya terlampau stress yang paling utama saya tak tinggalkan zikir,,sepanjang masa saya cuba buat,.untuk lahirkan kesabaran dalam diri,bukan senang nak sabar,.Tapi,,bila zikir ada dihati,.kesabaran yang datang akan terasa manisnya,..

Apabila stress dah kembali reda,,saya fikirkan sejenak,.."Sekiranya aku berada di tempat mertua.".,semestinya terasa teramat2 susah dan walau berada dalam keadaan sebegitu,,mertua tak pernah mengeluh,.terima seadanya ujian ALLAH terhadapnya…Syukur,,saya dikurniakan mertua yang penyabar,..Kalau bab2 makan tak pernah mintak apa2 makanan pon,.terima seadanya apa yang saya sediakan…

Setiap kali tiba bulan Ramadhan,,mertua saya tak pernah tinggalkan puasa walaupun hidap strok hampir 20 tahun,,dan terlantar sakit dah hampir 3 tahun,,masih berupaya berpuas penuh,.Solat juga sentiasa diamalkan di awal waktu,.Saya amat2 bersyukur diberi peluang untuk punyai pahala akhirat kelak nanti..inshaallah…Besar pahala yang Allah sediakan...

Nasihat yang sama kerapkali mak bagi bila aku mengadu lebih2..memang lumrah manusia tak boleh lari dari stress..namun,,dgn sokongan berterusan dari suami,mak ayah dan adik beradik,juga ipar duai..Saya kuat dan tabah untuk bantu suami dalam menguruskan harian mertua..Makin bersemangat bila makcik tu cakap isteri yang menyenangkan suami,,isteri yang ditunggu di pintu syurga...YA allah,menitik air mata..terharu sgt2..terima kasih mak sentiasa bg sokongan untuk nor....  

Selesai bacaan yasin oleh sahabat2 mertua dan minum2 bersama mereka..

Ekin terus keluar ambik anak kat tadika Pasti al-hikmah baung bayam..Sampai kat tadika,,separuh jalan untuk ambik anak2 yang lain kat SK ismail 4,,kereta tiba2 stop..tak boleh nak dihidupkan..call en hubby bagitau kereta kesayangan ada masalah,,masa tu en hubby xdpt keluar sbb masih mengajar...dlm 15 minit keta hidup balik..tgk2,,signal minyak kereta naik..dalam kepala aku ni.."minyak sikit rupanya"...terus gi ambik anak kat SK ismail 4..sampai depan pagar sekolah tak dapat nk hidupkan lg buat kali kedua...adoiii...ape hal la ragamnye kereta aku ni..cari2 hp nk call ayah,,hp pulak kena block line...hihi..ni gara2 lambat bayar bil..




Allah permudahkan segalanya,,dengan muka selamba...mintak pertolongan dengan ibu pelajar..call ayah mintk ayah datang bawakkan tong minyak..Bila dah siap isikan minyak..ayah balik umah sbb keta dah hidup balik macam biasa.."kereta aku ni rupanya takde minyak...".Lega,,bila dah hidup balik selepas diisi minyak...hoho..

Dalam duk kalut2 ngan anak,,singgah makan mi sup dulu..legakan rasa lapar dan haus..anak2 bertiga dah comot berbaju sekolah..jam3 ptg masih x balik dari sekolah lg..Bila perut dah kekenyangan,,gembira la nak balik umah..Nak bagi mandi dan rehat anak2..

Tak sampai 5 minit jalan,kereta stop lagi...apehal la pulak lagi keta ni,,minyak dah isi..masalah apa lagi,dahla stop kat tengah2 jalan..Siap kena marah2 kat orang lagi...adoiii..dalam duk kalut2 ngan anak2,,ada jugak yang datang membantu,,tolak kereta ramai2 kat tepi jalan.call ayah sekali lagi untuk datang tengokkan kereta..setengah jam ayah sampai bawak mekanik..huhu..hari yang sedikit memenatkan..namun tetap dalam bersyukur dan gembira..keretaku masuk workshop..en hubby,lepas ni mommy ekin nk jadi mekanik serba boleh..boleh???hahaaaa..nak jadi SUPERMOM..hihihi..
Share on Google Plus

About aliyx azhxri

Ekin Azhari merupakan ahli Shaklee dan pengedar sekitar Kota Bharu termasuk pengeposan produk ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di 017-948 6216.



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan